Saturday, June 6, 2009

memory in June..

assalammualaikum.. akhirnya aku bersedia untuk menulis sesuatu di dalam blog yang ntah kali yang ke berapa aku create.. setiap blog yang aku pernah buat sebelum ni.. tah mana silapnya, aku akan padam at the end.. hopefully ni adalah blog yang terakhir untuk aku.. itu hanya harapan aku.. mana tau.. 2-3 bulan akan datang.. sesuatu terjadi.. dan aku akan padam blog untuk kesekian kalinya.. begitu juga lah kehidupan yang kita lalui sekarang ni.. ada pasang dan surut nya.. langit takkan selalunya cerah.. begitu juga ar berlaku kepada impian dan harapan aku yang musnah..

everything started in June.. bulan June merupakan bulan suka dan duka aku.. aku tak pernah pun menyesali apa yang ditakdirkan untuk aku.. tapi sekali-sekala akan datang semua memori yang semestinya mahu aku lupakan.. dan waktu tu aku tak berdaya untuk tersenyum seperti selalu.. aku mengadu pada Dee.. yang aku tetibe jadi sedih.. murung.. di sebabkan datang nya bulan Jun.. Dan Dee membalas sms aku; "xyah la ko pk bkan2, buat sesak jiwa n raga je.." Aku terfikir.. begitu lama nya aku menyepikan diri aku dr hidup si dia.. tetiba bulan Jun mengembalikan si dia ke dalam hidup aku semula.. cuma dalam situasi yang berbeza.. tak mudah untuk kita terus melupakan memori yang tercipta.. tapi aku sedaya mungkin mahu mengurangkan rasa pedih yang mendatang.. time will heal all wounds.. but it still hurts..

aku menerima si dia kembali dalam hidup aku.. hanya sebagai kawan.. aku kurang pasti apa yang aku rasa.. tapi inilah hakikatnya.. aku masih lagi rindukan gelak tawanya.. cuma keadaan banyak merubah diri aku dan si dia.. aku masih lagi bersyukur dengan kehadiran kawan-kawan dan juga family.. si dia? aku semakin merasakan dia seperti keseorangan.. walaupun di samping rakan-rakan dan juga family.. aku akan cuba sedaya upaya menjadi pendengar yang setia.. yang sentiasa di sisi menyokongnya.. walaupun bukan lagi sebagai seorang kekasih.. cukup sebagai kawan yang baik.. insya Allah.. moga Allah mengabulkan doa si dia selalu.. dan aku..? akan terus menjalani kehidupan yang mendatang dengan rase bersyukur.. once in a while.. aku akan memandang ke belakang tempat di mana aku di tinggalkan.. tetapi yang pasti hanya untuk seketika.. because of that experience.. i learned my mistakes and move on..